dsbb kn aq ske gler kucing..aq tls gak pas kucing..
N dsbb an ank kucing asik mati je aq nk peringat an dri sndri n at kowg yg mnt kucing..
Anak kucing yang dipelihara oleh ibunya mempunyai kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding anak kucing yang ditinggalkan dan dipelihara oleh manusia. Jika anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan ibu atau tidak dijaga oleh ibunya, maka bersedialah untuk kerja-kerja keras dan beberapa kekecewaan. Tetapi jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami pengalaman istimewa menjaga anak kucing yatim piatu dan membesarkannya kepada kucing dewasa yang sihat.
Untuk itu kita akan melihat secara ringkas perkara-perkara yang perlu anda lakukan jika menjaga anak kucing yang ditinggalkan ibu.
Bagi Makanan Pada Si Comel
Anak kucing yang baru lahir perlu makan setiap 2-3 jam. Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan yang sedikit tetapi berkala. Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperolehi di klinik vetrinar dengan pelbagai jenama.
Botol susu yang khas juga digunakan untuk menyusu anak kucing (saiznya kecil). Susu perlu diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan panas, ianya sama sepertimana kita berikan kepada bayi manusia.
Bantu Si Comel Untuk Berak dan Kencing
Ya, berak dan kencing, saya tak tahu tajuk apa yang sesuai tetapi dua perkataan itu adalah sangat tepat..hehe. Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.
Maka anda juga mesti melakukan perkara yang sama di sini. Tak la, saya bergurau sahaja. Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan menggunakan kain lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas (juga suam dan basah). Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada kemaluannya sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas menyusu.
Si Comel Perlu Selamat & Selesa
Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad pemanas(setkan suhunya pada kadar rendah sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya tuala).
Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar dari pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas. Anak kucing perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas dengan kain di kawasan yang tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing tidak dapat melihat, adalah penting untuk anda mengetahui dimana mereka berada pada setiap masa untuk mengelakkan mereka dari kesusahan.
Anak kucing yatim diberi makanan pejal seperti mana anak kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit makanan berdaging yang dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu. Pengenalan kepada penggunaan kotak najis juga digalakkan pada ketika umur ini.
Masalah perilaku memang biasa berlaku bagi anak kucing yatim kerana mereka tidak dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung untuk menggigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan bermain secara kasar. Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika mereka dipelihara oleh ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik mereka yang lain.
Kucing lain akan mengajar 'budi bahasa' dan memberi reaksi dengan menggigit balas, mencakar balas dan 'kepimpinan melalui tauladan'. Malangnya anak kucing yatim yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran 'budi bahasa' seperti ini. Mendedahkan anak kucing yatim kepada manusia lain atau kucing lain pada umur muda akan membantu membetuk perilaku yang baik. Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini hanya mendorong perilaku buruk.
p/s:law kowg ad tip kongsi2 la..aq un ta rety sgt jge bby cat
No comments:
Post a Comment