mungkin antara kite tertanya-tanya bilakah kucing akan melahirkan anaknya yang comey n apakah tanda-tandany yang kelahiran sudah hampir?bagaimanakah kite boley mengetahuiny?
kucing menunjukkan beberapa tanda yang boley kite kenalpastikan yang ianya sudah sampai masany untuk bersalin..48jam or 24jam pertama sebelum kucing melahirkan anak-anakny,ianya akan berada didalam keadaan sangat resah gelisah n sentiasa bergerak setiap masa sambil mencari-cari tempat "sarang" untukny bersalin.
tanda-tanda sebelum bersalin
perubahan sikap~ ne termasuk berjalan ke hulu hilir tanpa berhenti ataupun tunjukkan keletihan serta mungkin juga kerap kencing
pembersihan dirinya~ secara berlebihan atau kerap menjilat-jilat bahagian punggungnya serta seluruh bulu badannya
perubahan fizikal~ suhu badanny akan menurun sedikit dari tahap normalnya n juga akan muntah-muntah serta puting susunya akan membesar n menjadi kemerahan
bersuara~ kucing juga akan mula mengiau-giau dengan kuatnya seperti keadaan ketika galaknya n banyak "purr"
selera makan~ kucing akan hilang selera makannya ketika ne kerana sistem badannya menfokuskan kepada penyediaan untuk bersalin
pendarahan~ ne tanda yang paling hampir iaitu pendarahan sedikit di punggungnya
**yang pasti adalah penyediaan tempatnya bersalin adalah penting iaitu tempat yang agak gelap & tersembunyi n kucing tidak perlukan bantuan dari kite ketika proses melahirkan anaknya n campurtangan kite boley mengangunya**
p/s:menunggu ketibaan bby cat ku...hope besar dengan sihat..
No comments:
Post a Comment